Dikemas kini: 23 November 2026
TenderBro ialah produk NOTA TECH (No. Pendaftaran SSM 202503276654), Machang, Kelantan ("kami"). Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, cara kami menggunakannya dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Kami menggunakan data ini untuk memadankan dan menghantar alert tender dan sebut harga kepada anda, mengurus langganan dan bayaran, memberi sokongan pelanggan, dan menambah baik perkhidmatan.
Kami tidak menjual data anda. Data dikongsi hanya dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan TenderBro: Meta (WhatsApp Business Platform), HitPay (pembayaran), penyedia pelayan dan penyedia AI yang membaca sijil, atau jika dikehendaki oleh undang-undang.
Data disimpan di pelayan yang dilindungi dan hanya diakses oleh kakitangan yang memerlukannya. Gambar sijil dipadam selepas maklumat yang diperlukan diekstrak. Data akaun disimpan selama langganan aktif dan sehingga 12 bulan selepas itu, kecuali jika undang-undang memerlukan tempoh yang lebih lama.
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda, atau berhenti menerima mesej pada bila-bila masa dengan membalas STOP di WhatsApp atau emel kepada hello@tenderbro.com.
NOTA TECH, Machang, Kelantan, Malaysia. Emel: hello@tenderbro.com